KEHILANGAN -Firman@  

Posted by Mohd Saiful

Salam Perkenalan  

Posted by Mohd Saiful



Salam Perkenalan daripada saya kepada semua pembaca. Blog ini di dirikan untuk kita saling berkenalan antara satu sama lain serta berkongsi pengalaman yang serba sedikit saya dengan anda sekali. 

Terlebih dahulu saya perkenalkan diri saya yg daif ini. Nama saya Saiful atau dikenali sebagai Chipun.Umur saya dalam lingkuangan 20an dan berkerja sebagai seorang technician komputer di sebuah syarikat di utara tanah air. Masih lagi bujang dan masih lagi belum ada awek sebab tak dak masa nak cari asyik putus ja haha...tapi dah suruh mak tolong pilihkan sorang jadi kena tunggu la bila mak nak jodohkan..."MAK CHE NAK KAWIN DAH NI"

First time tulis blog ini dok rasa macam tempat luahan perasaan pun ada..tempat mengadu pun ada..rasa macam dok buat rawatan sakit jiwa sebab cakap sorang ² tapi go on ja belasah apa yang patut tibai ja janji diri hepi hahahahahahah....bercakap tentang istilah FIRST TIME ni hehe macam-macam pengalaman tentang benda ni ada yg baik kalu first time ni and ada tak baik juga contoh kalu ayat lagu ni "FIrst Time nak hisap dadah" --> ni keja gila n bodoh..jadi jangan galak la pi first time benda ni...benda baiknya lagu ni lak FIrST TIME ni nak INTERVIEW..yg ni bukan first time ja second time ka beberapa time pun ketaq masih lagi dok ada...

Okey you all semua dlm blog ni saya akan masukkan beberapa topik serta perbincangan untuk kita berkongsi bersama bagi menjadikan blog ini tempat sumber u all dapat pengetahuan dan ilmu serba sedikit. Antara topik² yang akan di bincangkan seperti


PENGKOMPUTERAN
                                                                  




Disini saya akan membantu anda berkenaan dengan permasalahan komputer dan juga membantu anda dalam mendapatkan sebuat komputer atau notebook yang berkualiti dan murah.



KEWANGAN


Dalam topik ini saya akan ketengahkan topik berkenaan permasalahan kewangan yang dihadapi oleh segelintir masyarakat dan juga cara perbelanjaan yang berhemah. Turut serta juga cara atau kaedah membelanjakan wang dengan benda² yang berfaedah.



MASAKAN

Memandangkan saya sorang lelaki jadi tak bermakna saya tak pandai tentang memasak..haha hasil berkat tunjuk ajar mak saya jadi saya akan turunkan serba sedikit resepi keluarga saya kepada anda sekali insya allah anda akan teruja dengan resepi masakan ini..TUNGGU !!!! 




PERCUTIAN


 Disini ada juga tempat² percutian untuk anda sekalian menjadi rujukan bagi mereka yang ingin bercuti bersama family dan honeymoon. Saya akan cuba membantu and memberi serba sedikit info berkenaan tempat yang pernah saya lawati dan juga info berkenaan tempat penginapan, makanan dan aktiviti yang boleh di lakukkan oleh anda dan keluarga lakukkan bersama.



HIBURAN


Insya allah info berkenaan artis mcm gosip,kawin, cerai dan sebagainya akan di paparkan disini..








Insya allah blog ini akan membantu anda para pembaca dalam berkongsi serba sedikit tentang topik² di atas..
Untuk itu takat di sini sahaja pertemuan kita yang FIRST TIME moga berjumpa kembali di minggu yang akan datang..Sekian